Text
Syaithan Tak Mampu Menjamah Anakku
Naskah ini bertitik-tolak dari hadits nabi berkaitan gangguan iblis dan syaitan terhadap bayi.
“Tiada ada seorangpun dari anak Adam yang lahir, kecuali dijamah oleh syaitan ketika lahir, sehingga bayi itu menangis dan menjerit akibat jamahan syaitan tersebut, kecuali Maryam dan anaknya (Nabi Isa a.s)”.
(Hadits dari rekos Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Juteru, buku ini membincangkan jenis-jenis gangguan yang berlaku kepada anak-anakkecil dan kaedah merawatnya menurut Islam.
Hai ini sangat penting diambil perhatian, kerana tidak sedikit manusia terjebak ke dalam hal yang dilarang keras oleh agama untuk mengubati gangguan syaitan. Antara yang menjadi pilihan ialah tangkal, azimat dan mantera. Perbuatan-perbuatan ini boleh menjatuhkan seseorang itu ke dalam lembah syirik.
Sesuai dengan kata nabi :
“Sesungguhnya mentera, jimat dan tangkal itu adalah perbuatan syirik”.
(Hadith sahih menurut Albani).
Sesuatu yang amat membimbangkan apabila tidak sedikit dari ibu bapa yang mengalungkan tali yang dijampi pada lengan atau leher bayi untuk mengubati gangguan.
Tidak tersedia versi lain